Friday, June 1, 2012

HapPy GaWaI dAy

Happy Gawai Day
Gayu Guru, Gerai Nyamai ( sepanjang hayat, kesihatan dan kemakmuran)
easpeacially for my beloved friends cecelia, ivy, patricia, kak romena, jason, arthur,sylvester, alfredo and others..
maybe kat semenanjung x terase sgt la sambutan hari gawai ni..
but in here,sarawak..
memg terase..
tepat pukul 12 pg tadi siap ade fireworks lg kat unimas ni..


da mcm new year plak..
kafe plak memg x bukak smpi la hari isnin..
so,klu na mkn kene kluar la...
klu x pon instant noodle je la yg jadi hidangan..
memg agak terase la sambutan hari gawai kat sini kan..
di serawak ni, hari gawai ni sebenarnye dissambut oleh masyarakat iban dan bidayuh utk meraikan tamat musim menuai padi.
pesta gawai ni di sambut dengan persembahan tarian,minuman air tuak dan bersuka ria..
eh..
manok pansuh(ayam pansuh)(ayam buluh) pon ade time ari gawai ni..

source picture : google

hmm...
yummy..
bile la blh rase manok pansuh ni.. heheh..
Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan 
dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.
Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak. 
Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.  

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.  
Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.  

No comments: